Rabu, 18 Mac 2015

Enjin 5 Silinder (motorsikal)




Enjin 5 Silinder V5
Hanya terdapat satu-satunya pengeluaran  Enjin Motorsikal V5 yang pernah dibuat serta terhad. Enjin ini dikeluarkan oleh Honda Racing untuk siri perlumbaan MotoGP sebelum ditukar kepada 4 Silinder semula pada tahun 2002. Daripada 4 silinder sebaris, HRC telah mencuba dan mencipta Enjin V5 kerana tagline Honda sebagai ‘Spirit For Innovation’ .
Yang uniknya, belum pernah sesiapa mencuba Enjin jenis V5 meletakkan silinder di 75.5 darjah dengan tiga menghadap ke hadapan dan dua dibelakang. Enjin V5 model RC211V  luar biasa jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya dan ianya sangat mengagumkan, kuat dan tidak pernah dilihat seperti sebelum ini Dari kemunculan sulung jentera ini, sehingga ia digantikan oleh enjin  4 silinder semula , mesin prototaip inilah yang memenangi 48 perlumbaan dalam kejohanan MotoGP. Tiada enjin V5 dibuat untuk model jalanan dan ianya satu-satunya enjin V5 dicipta untuk sebuah motorsikal dan ianya menjadi ikon buat HONDA.

Enjin V5 Honda RC211V

Motorsikal Honda RC211V yang ditunggang Valentino Rossi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan