Rabu, 18 Mac 2015

Enjin 3 Silinder (Motorsikal)



Kesukaran untuk mencari Motorsikal yang menggunakan enjin jenis  3 silinder sebaris pada masa ini dan harganya pun mahal. Kebanyakannya dari enjin 1 silinder, 2 silinder dan 4 silinder yang banyak dikeluarkan oleh syarikat-syarikat motorsikal terkemuka dunia. Enjin ini direka bagi mengurangkan kelemahan Enjin 2 silider sebaris @ 2 inline dan Empat silinder sebaris dalam satu pakej. Kelebihan enjin 3 silinder sebaris  mampu menghasilkan RPM lebih tinggi dan mengambil kesempatan daripada "TORK" lebih daripada 4 Silinder sebaris. Berat juga kurang daripada enjin 4 Silinder Sebaris dan menggunakan bahagian-bahagian yang kurang bergerak. Enjin jenis ini  mengalami getaran kurang kerana omboh@Piston lebih seimbang.Kos  penyelenggaraan adalah kecil berbanding 4 Silinder Sebaris, manakala ada juga bahagian-bahagian yang lebih mahal disebabkan pengeluaran yang "jarang" bagi model enjin ini . Kita harus berbangga kerana negara kita pernah mencipta sejarah mengeluarkan model enjin 3 silinder sebaris hasil daripada kerjasama Modenas dan Proton yang dinamakan KR3. Motorsikal 500cc ini hanya digunakan ketika GP dunia pada tahun 1997 hingga 2004 yang dibarisi oleh motorsikal bernadi 4 silinder sebaris dan bukan dijual atas jalan seperti jenama motorsikal dunia yang lain. Saya Suka mendengar bunyi exhaust dari enjin ini kerana ianya antara lembutnya 4 inline dan kasarnya V-Twin.

Contoh keratan Enjin 3 Silinder Sebaris

Antara Jenama Motorsikal Yang menggunakan Enjin jenis 3 Inline

MV AGUSTA F3

Modenas/Proton KR3
(GP Dunia 1997 - 2004)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan