Rabu, 18 Mac 2015

Enjin 4 Silinder (Motorsikal)




4 Silinder Sebaris @ 4 Inline
"KING OF SPEED" pada ketika ini memerlukan kuasa kuda , kelancaran dan kelajuan tertinggi. Banyak Jenama menawarkan ciri-ciri enjin diatas seperti  ZX1200R, CB900F, GSXR750 dan lain-lain. Enjin 4 Silinder sebaris telah diperkenalkan pada tahun 1968 iaitu Honda CB750 dan tiada enjin lain dapat menandingi kehebatan pada masa tersebut.
Kelemahan Enjin 4 Silinder Sebaris adalah berat, rumit serta kekurangan "TORK" pada julat RPM lebih rendah. Kebanyakan  enjin 4 silinder Sebaris menggunakan kos yang besar untuk penyelanggaraan. Kelancaran Enjin Jenis ini sangat bagus dan lembut tetapi tidaklah selembut Enjin Boxer 4.
Keratan Rentas Enjin 4 Silinder Sebaris

Antara Motorsikal menggunakan 4 Silinder Sebaris 
(HONDA FIREBLADE 1000)

KAWASAKI Z1000

Enjin 4 Silinder V4
Satu kemajuan kepada reka bentuk V-Twin untuk menghapuskan kelemahan yang wujud seperti getaran, kelajuan dan kuasa kuda. Ketika ini, kita boleh mencari enjin V-4 berkapasiti besar (750cc keatas) di motorsikal jenis Cruser, Muscle dan juga Touring (seperti Vmax, Magna, Venture). V-Four adalah Enjin yang  baru dibangunkan (awal tahun 1980-an) kelebihan enjin ini  seperti perjalanan lebih lancar, lebih tork dan kuasa kuda, kurang rumit serta lebarnya kurang berbanding Enjin 4 Silinder sebaris  dan Enjin boxer.

Keratan Rentas Enjin V4 
(pandangan sisi atas)

Contoh Pengeluar menggunakan Enjin V4
(Aprillia RSV4)

Enjin 4 Silinder Boxer 4
Sejak 1950-an, enjin Boxer 4 adalah pengganti kepada Boxer Twin dalam kelebihan  prestasi dan kelancaran . Enjin Boxer 4 menawarkan banyak kelebihan untuk motorsikal jenis Touring berbanding Sport disebabkan kesukaran untuk mengambil selekoh akibat enjinnya yang terkeluar di sisi motorsikal. Enjin Boxer 4 mempunyai banyak kelebihan berbanding enjin 4 silinder sebaris tetapi mengorbankan RPM yang lebih tinggi dan reka bentuk enjin yang sempit untuk kelancaran. Banyak pengeluar hari ini (BMW pengeluar enjin Boxer terbesar) beralih dari enjin Boxer 4  kepada Enjin 4 Silinder sebaris (termasuk Motorsikal Touring). Enjin jenis ini sangat kompleks,  sukar untuk mencari "SPARE PART" aftermarket dan mahal akibat populariti enjin jenis ini semakin kurang dikeluarkan.

Enjin Boxer 4 banyak terdapat pada motosikal jenis Touring seperti BMW dan Honda Goldwing  dan kesukaran untuk mencari di motosikal baru jenis sekarang akibat banyak pengeluar beralih ke Enjin Boxer Twin sekali lagi .

Keratan Rentas Enjin Boxer 4

Contoh Motorsikal menggunakan Enjin Boxer 4
(Honda GL1000 1978)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan