Selasa, 16 Disember 2014

Mimpi, impian dan cita-cita.

Ya.. Dulu masa aku sekolah rendah, aku selalu nampak motor Honda NSR 150RR. Bermula dari situ lah aku bermula dengan mimpi yang tak sudah. dengan pengaruh cerita Kamen Rider Black lagi yang guna motor besar. Mana tak aku sebagai seorang budak yang datang dari keluarga sederhana terus dibuai angan-angan dan mimpi yang tak sudah. Bila melihat Honda NSR150RR ketika itu macam-macam imiginasi untuk merubah motorsikal tersebut menjadi lebih baik dari paras rupa.

Honda NSR 150RR

Gila minat dengan motor ni masa kecil. Tambah lampu bulat.

Bila menjejak kaki ke sekolah menengah, aku masih gila-gila dengan mimpi dan berimpian bahawa suatu hari nanti aku akan gunakan sebuah motor cc besar. Dengan Idola masa itu adalah Mick Doohan membuatkan kadang-kadang aku tak boleh pandang poster rider ni.. Habis nak dilekat dalam bilik. Mana tak.. takkan nak lekat poster Black Metal dalam bilik.. Silap-silap aku kena azan kali kedua oleh ayah aku pulak.

Masa terus berlalu.. Impian itu tetap ada cuma tidak sesubur ketika masih bersekolah dahulu. Mana tak.. Bila dah tau harga motor ni mak ai... puluh ribu woo.... nak beli RXZ pun fikir 5 6 kali... last-last aku beli modenas Karisma untuk aku elak dari berlumba haram.. Habis motor Ayah aku bawa aku lumba haram. Nasib la zaman tu belum wujud minah rempit tempat aku.

Entah macam mana. Impian dan mimpi aku disemarakkan oleh seorang insan yang betul-betul memberikan aku semangat untuk memiliki sebuah motorsikal cc besar ni. Ya.. Insan ini yang banyak mengubah aku ketika kami masih bersama ketika itu. Dengan dorongan beliaulah aku mengkaji jenis-jenis enjin motorsikal besar, berkawan dengan rakan-rakan yang memiliki jentera pelbagai jenis jenama untuk mengatahui apa yang sepatutnya aku tahu sebelum memiliki jentera yang diidamkan. Ya.. perangai aku sebelum aku buat sesuatu.(Selidik apa negatif dan positifnya dan risiko atas tindakan sesuatu.)

Dalam tempoh setahun aku membuatkan impian dan mimpi aku terus kepada cita-cita. Dengan Kajian aku dan pertolongan beberapa rakan biker serta dorongan Insan yang rapat dengan aku ketika itu telah membuatkan aku berjaya memiliki sebuah jentera berjenama Naza Blade 250R. Selepas 6 bulan aku beralih pula kepada jentera kawasaki. Disini aku menasihati rakan-rakan pembaca.. Bermimpilah setinggi langit, kerana mimpi itu akan jadi kenyataan walaupun penuh dugaan. InsyaAllah Allah akan tolong kalau kita inginkan sesuatu.

Saya telah membuktikan bahawa, sebuah mimpi dimasa zaman kanak-kanak saya boleh jadi kenyataan dengan doa, pertolongan rakan-rakan dan sebuah dorongan dari seseorang yang istimewa. Anda boleh menjadi seperti saya tapi jangan mengikut apa yang orang mahu. Just ikut kemampuan poket anda. Nanti saya ceritakan setiap kisah disebalik jentera yang saya guna. Mimpi itu jadikan impian. Impian jadikan cita-cita. dan cita-cita itu jadikan kenyataan. kamu pasti puas walaupun ianya tidak sampai tahap yang diimpikan.

- Farid Si Seniman Sampah.